Wednesday, March 11, 2009

"Be Healthy For Life"

Tanda arah untuk tetamu jemputan

Auditorium Hospital serdang, tempat berlangsungnya majlis

"Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009"



Sidang Akhbar











Gambar Menteri Kesihatan Malaysia bersama dif-dif kehormat.









12 MAC 2009 ( Khamis ) Sekali lagi Guru Bimbingan dan Kaunseling SK. Desa Putra mengikuti forum "Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009" yang berlangsung di Auditorium Hospital Serdang, Selangor. Majlis sambutan tersebut disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.









Aturcara Majlis:




7.30 pagi




-Pelepasan Peserta Motorthon & Basikalthon




8.30 pagi




-Forum Kesihatan " Amalan Gaya Hidup Sihat ke Arah Pencegahan Penyakit Buah Pinggang"




9.30 pagi




-Ucapan Teknikal Dr. Goh Bak Leong, Wakil Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.




-Ucapan Aluan Dato' Dr. Hj. Ramlee Hj. Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan




-Ucapan PerasmianY.B Dato' Sri Liow Tiong LaiMenteri Kesihatan Malaysia.









Ape ceritanya...Sebenarnya penyakit buah pinggang kronik ( CKD ) merupakan isu kesihatan awam. 500 juta individu iaitu 10% daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah buah pinggang. Seramai 1.5 juta individu berpeluang untuk hidup samada melalui dialisis ataupun pemindahan buah pinggang. Jumlah ini dijangka meningkat berkali ganda dalam masa sepuluh tahun akan datang. Menjelang sedekad lagi, jumlah kos terkumpul secara global untuk tujuan dialisis dan pemindahan organ diramalkan akan mencecah US 1 trillion.



Apa puncanya penyakit ini.... Punca utamanya untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik adalah melalui penyakit diabetes ( penyakit kencing manis le tu... ). Penyakit yang susah untuk diubati. Sebelum kena... berjaga-jagalah. Makan lah makanan seimbang dan kurangkan gula. Untuk makluman anda, dijangkakan penyakit diabetes ini akan meningkat sebanyak 70% dan mencecah 300 juta penduduk dunia menjelang 2025. Negara-negara membangun adalah negara yang paling terjejas akibat daripada peningkatan penyakit ini.



Camna.... Ada masa pegile ke klinik atau hospital terdekat untuk buat pemeriksaan. Saya pun risau. Umur semakin meningkat dan penyakit pun mencari.
Untuk mengatasinya
"Amalkan Gaya Hidup Sihat".

Sunday, March 8, 2009

Patriotisme Asas Perpaduan Kita





Pada 26 Februari 2009, Guru B&K SK. Desa Putra berpeluang mengikuti Konvensyen Patriotisme Remaja 2009 Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ( Belakang sekolah je tempatnya...PICC ). Ianya bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Anjuran dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Utara Malaysia.

Kogres Patriotisme ini diadakan untuk kali pertama pada 26 hingga 28 Oktober 2002. KPM telah terlibat dalam pelaksanaan kogres tersebut dan Ketua Pengarah KPMketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk "Dasar Pendidikan dan Patriotisme"

Salah satu resolusi penting yang telah dicapai di akhir kongres tersebut dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan ialah Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ).

Objektif konvensyen ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep Perlembagaan Negara ( Kontrak Sosial ) sebagai asas perpaduan rakyat dan pembangunan negara selain meningkatkan kualiti modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai sikap sayang dan cinta akan negara.

Aturcara Program :

9.00 pagi
Pembentangan Kertas Kerja 1
Bertajuk "Menjulang Maruah Negara"
Oleh: Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina bt. Syed Abdul Kadir.

10.45 pagi
Forum Patriotisme
Tema: " Patriotisme-Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung.
Panel Forum:
1.Prof.Tee Kok Seng ( UKM ).
2.Mejar Dr. Faiz b. Khaleed ( Angkasawan Negara 2 )
3. Datuk Dr. Denison Jayasooria ( Penasihat Sekolah Kluster KPM )
Moderator : Syed Munawar b. Syed Mohd. Mustar.

02.00 petang
Pembentangan Kertas Kerja 2
"Perlembagaan Negara Asas Perpaduan Rakyat"

4.00 petang
Majlis Penutup
Oleh: Y.B. Dato' Seri Hishammuddin b. Tun Hussein -Menteri Pelajaran Malaysia.